Insidious ; Chapter 2 Review!

Assalammualaikum and greetings guys! Dah lama kan tak dengar cerita? Oh yeah, we were busy.. but now dah free! Just.. mood nak update blog tu memang takdelah. So haritu, aku and Hasya (and 2 orang kawan lagi) pergi tengok Insidious 2. Actually, aku macam malas, sebab tidur sorang. Tapi disebabkan kawan-kawan terchenta, aku pergilah. So, ni nak review ni. Cerita ni.. BEST! takdelah seram sangat. Effect terkejut je. Make up takdelah teruk macam Malaysia punya cerita. Btw, James Wan , director ni Sarawakkian tau! Ok, keseraman dia balance dengan lawak. Lepastu, at first agak susah sikit nak faham. Tapi lama-lama faham sikit-sikit. Kalau tak tengok Insidious 1 pun, takpe. Korang akan faham jugak nanti! Memang best, tak rugi langsung! But then at night, my mind be like.... " Ok, ingat tak scene yang horror tu..." Hahaha. Aku memang bagi five stars lah. And this one is way better than The Conjuring. Conjuring was okay, takdelah horror gila. Dia punya ghost pun invisible. Tak nampak sangat. Nampak pun just 2-3 scene je. Haa, yang ni siap nyanyi "Row-row your boat" lagi! Aku memang nyanyi version dia la lepas tengok cerita tu.  And ada part yang sweet antara Patrick Wilson ( Josh Lambert)  and Rose Bryne (Renai Lambert). So yeah, memang tak rugi langsung! And yeah, nah several pictures for your nightmares, haha!






My favourite guys ; Specs and Tucker!
 
Rose Bryne and Patrick Wilson.
Patrick tu.. cute kan? haha

Okay, semoga korang enjoy dengan post and cerita ni!

Sincerely,
Yana

Review: Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu

Hey , y'all




SINOPSIS

Penulis: Sara Aisha
Publisher: KaryaSeni
Mukasurat: 600+
Harga: Semenanjung : RM24    Sabah/Sarawak : RM27
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )

“Kadangkala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata.  Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?”
Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn ialah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian ialah teman yang menyenangkan hatinya.
Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya.
“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa… Siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?!” – Dian Damia
Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibatnya. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa cara sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak-agak. Yang penting, Dian harus diselamatkan!
“Izinkan saya jaga awak… Izinkan saya lindungi awak, Dian…” - Karn Klaharn
Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?
“Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia.I would do anything for her...”

***

Review

Sorry, lambat post... hehe , kor thode ka (maafkan saya) . Sejak baca novel Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu ... saya dah mulalah pulak nak show off bahasa Thai saya , lulz. 

And yeah! novel memang best! kisah dia , apabila si Dian muncul kat Thai untuk mencari ketenangan. Bukan lepas putus cinta tiba-tiba nak lari. Nope! she's a writer .Nak cari ilham dan idea baru for her next novel.  Duduk dekat hotel , terjumpalah pulak sorang mamat Thai yang fasih berbahasa melayu. But something unexpected happened , nyawa Dian menjadi taruhan. Kerana duit, harta Dian menjadi mangsa...

Karn! seriously , Karn comel!  dia adalah pewaris dan penyambung generasi keluarga Thanasukolwit. The big boss of Le Grand, Siripon.  Berasal dari keluarga keturunan diraja , tapi kerana harta yang banyak tulah dia terlibat dalam permainan Sakda. Karn seorang ketua yang tegas, sangat menitikberatkan soal tanggungjawab. He's tooooo protective dalam menjaga Dian , selepas Dian hampir sahaja terbunuh gara-gara kejadian hitam itu. But, dalam protective dia ... he's really caring.

Sakda! he's evil you know! expect the unexpected ... hehe , try to discover ayat tadi. Sakda , all he wants is harta! harta keluarga Thanasukolwit. Tapi Sakda ni macam bayang-bayang, dia ada tapi kita tak nampak. Satu demi satu rancanganya  diatur dengan baik. Musuh dalam selimut!

Overall, best! lain daripada yang lain . 99% kisah dan tempat berlatar belakangkan Thailand. And yeah! boleh juga belajar Thai sikit. Lagipun, i memang suka Thailand. Orang kat sana pun berbudi bahasa. Saya bagi 4 bintang! harap2 writer dia ada buat special edition ke. 

expect the unexpected,
hasya :)




Kerana dirimu berharga :)



Assalammualaikum guys! So we're very sorry because we did not come out with a new post. Hehe, actually kami busy gila. Exam woii. hahah so lets talk about life. Hahaa, muka cheq je mesti cakap pasal life. dah tu nak cakap apa? Ok, korang pernah rasa down dengan diri sendiri? I mean, cheq bukan nak mempertikaikan ciptaan Allah, tapi korang ada tak rasa insecure? So, cheq pun rasa macam tu. pernah.

 Kat sekolah baru cheq ni, ada beberapa minah mulut loji. Ada pakat tanya, " weh kenapa kau hitam? adik kau putih je. masa kecik putih, mesti suka main panas." " kenapa kau gemuk? taknak diet ke? abang kau kurus je." sometimes , saya jadi bahan lawak cikgu dalam kelas. sebab saya gemuk. Allah dah cipta saya macam ni, apa yang perlu saya buat? saya tak mempertikaikan ciptaan Allah, malah saya sangat bersyukur dengan apa yang ada pada saya. So apa hak awak nak hina saya ? kutuk saya? And the best part goes to my dad. Saya cerita kat dia apa yang jadi, saya senyum tapi inside pahit and he understands! dia kata "kalau ada orang hina ika lagi, ika jawab je, kenapa kau tanya aku, tanya Allah yang ciptakan. Kalau kau tak puas hati dengan ciptaanNya, kau tanya lah Dia." "Buat dia tersentap dan sedar dia menghina Allah. Macam kisah nabi Nuh..."

And, jangan kita rasa kita ni teruk. Mungkin cara kita je tak kena. Allah ciptakan orang tu dengan berbagai kelebihan. Macam satu kelebihan saya yang ahli keluarga saya nampak dan saya sendiri rasa, saya suka bercakap. Hehe, saya jugak pandai dalam bab-bab serta hal ehwal media sosial terutamanya blog serta tumblr  yang memerlukan kepakaran yang lebih. Hehe perasaan je cheq ni.

OK, selain itu, darah sastera mengalir dalam diri saya. Tu ikut ayah saya lah tu :-) Dia pernah hantar beberapa karya dia dekat berita harian zaman dulu-dulu kita tak lahir lagi. Dan.... berita harian masukkan karya dia! Hehe, saya ada bukti tetapi atas sebab saya online guna computer, saya harus melupakan niat saya untuk menguploadkan gambar itu. Tetapi kalau tuan hamba masih tidak percayakan patik, patik tidak pula mengambil peduli kerana patik tahu patik tidak menipu. Hhehehe! Memang saya admit dalam hidup ni , ada masa kita akan rasa macam roller coaster,  bagai ombak yang bergelora, bangai angin kencang tetapi ingatlah saudara-saudari sekalian, hidup itu satu coretan. Satu seni. satu pemandangan. satu pertandingan. Kita perlu mencorakkan kehidupan kita berlandaskan landasan Allah s.w.t :) sekian daripada saya yang merendah diri, meminta izin untuk mengundurkan diri . Sekian, Assalammualaikum.

I feel so positive today !
Illyana :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...