Review: Perempuan Lindungan Kaabah

First post in on December... hehe

Hari ni saya nak review novel...






Saya baru je habis baca and now cousin tengah pinjam.Well, saya dan cousin memang selalu tukar-tukar novel. Senang sikit tak payah susah-susah nak beli...

Sinopsis:

Penulis:Hana Ilhami
Penerbit:Karyaseni
Muka/surat: 700+
Harga: Semenanjung RM 28 / Sabah @ Sarawak RM 31
(Order online diskaun 3 ringgit )

PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.
Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...

“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex

“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir
“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez
Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.
“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan
Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?

Review:
Saya beli novel ni sebab tertarik dengan tajuk and cover dia, masa mula-mula baca not bad... tapi bila Hanan dan Fareez dah kahwin, mula satu misi baru.Hanan cuba membawa Fareez kembali ke pangkal jalan,biar lambat asal ada sedikit perubahan.Setiap malam Hanan akan tunggu Fareez, tak kiralah pukul 1 @ 2 @ 3 , Hanan tetap tunggu suaminya.
Saya suka dengan perangai Fareez tapi kalau perangai dia yang dah banyak kaki-kaki tu, tolak terus. Fareez ni gentlemen, and yeah dia suka usik Hanan.Ade part yang saya rasa cute je... konflik ringan, but at the same time rasa berdebar-debar jugalah. 
Sikap Hanan yang sabar dan penyayang itu lama-lama dapat jugak mencairkan hati Fareez. Perlahan-lahan Fareez mula menampakan perubahan. Tapi ada cubaan datang, Sally mengandung anak Fareez ? apa yang terjadi?actually saya ada buat sedikit twist and turn.Bahasa yang santai dan mudah difahami. well, i don't know what to say... tu je kot. hehe. Saya bagi 4 bintang


Written by:
Hasya :)























































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...