My Childhood





#Kisah 2 (sambungan dari #Kisah 1 )

Time ni bulan ramadhan, ada beberapa hari lagi umat islam akan menyambut raya. Waktu tu dah petang , me and my cousin followed our Pak Teh ke kebun. Nak ambik buah kelapa and buah lain. Biasalah petang tak tahu nak buat apa, bagi menghilangkan rasa bosan ikutlah Pak Teh. Just me and my cousin, kiteorang berdua je.

Sementara tunggu our uncle habis mengait kelapa, me and my cousin jalan-jalan keliling kebun ( nenek punye kebun ) jalan punya jalan terjumpalah parit. Kiteorang nak tahu sama ada parit tu dalam atau tak kitaorang pun ambik kayu panjang. Dok jolok-jolok masuk dalam parit tu. Tiba-tiba.... nak tahu apa yang jadi?


jeng! jeng! jeng!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Bark! Bark! bunyi anjing menyalak, rasa macam dekat je suara anjing tu. Apalagi, jadi lipas kudunglah kitaorang. Memang kebun nenek ada anjing tapi sebagai untuk menjaga kebun. Lari dengan sepenuh hati, rasa macam nak nangis pun ada. Lari dekat pak cik kitaorang , naseb baik pak teh ada sebab anjing tu kenal dengan pak teh. Pak teh selalu datang kebun nenek. Sampai balik rumah kiteorang secousin bising-bising.Mana taknya itulah kali pertama dan terakhir kitaorang kena kejar.

Rasa macam nak aja masa berulang, i never wanna grow up. I treasure and i kept it locked inside my heart so it won't dissappear . I miss my childhood. Everbody miss their childhood memories right?


Written by:
Hasya :)


Aku Tak Cantik






" Aku hodoh tak ada siapa yang nak."

"Aku tak cantik macam Lisa Surihani.Aku gemuk!"

"Tak ada tempat orang hodoh macam aku kat dunia ni!"

Kenapa kita perlu mempertikai kecantikan yang Allah bagi? tak cukup lagi ke? kira bersyukurlah dah lengkap segala anggota badan. Cuba korang bayangkan orang yang kurang sempurna dari segi anggota badan, diorang nak jadi macam korang yang lengkap dengan sepasang tangan, kaki , mata...

Diaorang yang tak cukup anggota badan , diorang nak kaki untuk berjalan.Diorang nak tangan untuk menulis. Diorang nak mata untuk melihat. Even, awak besar pun . awak patut bersyukur. Even, awak ada dimple pon awak patut bersyukur. Kenapa kita perlu kelihatan cantik pada manusia? diri kita hanya untuk Allah.

Kita nak redha Allah atau redha manusia? cuba fikir dan bayangkan. Yes! memang manusia suka judge orang , yang judge tu Allah bukan manusia . Kenapa awak kisah sangat apa yang  orang cakap, diorang manusia tak lepas dari dosa. Mulut mengata,mengumpat.

Saya tengok orang yang besar,rendah semua cantik dan comel. Memang pandangan manusia tak sama. Kenapa kita tak  ambik yang positive apa yang orang cakap? saya tak bohong, diorang comel. Awak cakap macam ni seolah-olah awak tak bersyukur.

Tak ada orang nak? Allah cipta manusia itu berpasang-pasangan , kalau pasangan kita bukan di dunia, pasti kita bertemu dia syurga nanti. Why should you bother what others says? tunggu masanya Allah akan temukan kita dengan pasangan kita, it takes time. Tapi bila kita menunggu sangat berbaloi pernantian kita.Orang yang kurang cantik pun ada orang nak tau!

" Yes people's changing. It can be towards positive or negative. Once we choose to change to be negative, our whole life will be negative ~"

"Biar kita nampak lemah n kecil pada pandangan manusia. Tapi janganlah sampai kita dianggap lemah n kotor pada pandangan Allah ~ #notetoself"

 "Pain makes you stronger. Fear makes you braver. Heartbreak makes you wiser.”

  "Look for something positive in each day, even if some days you have to look a little harder. Let life’s challenges make you strong :)"

And please, appreciate what you have before it's gone. Kita akan kelihatan cantik kalau kita mengamal kehidupan yang positif. Kita akan kelihatan cantik kalau kita jaga budi bahasa kita. Sebab awak tak yakinlah awak cakap diri awak jelek.

This post untuk orang yang kurang yakin dengan diri and untuk kawan saya. Jangan baca tapi harus paham dan anggap sesuatu itu yang positif.

Written by:
Hasya :)




Review: Perempuan Lindungan Kaabah

First post in on December... hehe

Hari ni saya nak review novel...






Saya baru je habis baca and now cousin tengah pinjam.Well, saya dan cousin memang selalu tukar-tukar novel. Senang sikit tak payah susah-susah nak beli...

Sinopsis:

Penulis:Hana Ilhami
Penerbit:Karyaseni
Muka/surat: 700+
Harga: Semenanjung RM 28 / Sabah @ Sarawak RM 31
(Order online diskaun 3 ringgit )

PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.
Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...

“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex

“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir
“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez
Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.
“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan
Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?

Review:
Saya beli novel ni sebab tertarik dengan tajuk and cover dia, masa mula-mula baca not bad... tapi bila Hanan dan Fareez dah kahwin, mula satu misi baru.Hanan cuba membawa Fareez kembali ke pangkal jalan,biar lambat asal ada sedikit perubahan.Setiap malam Hanan akan tunggu Fareez, tak kiralah pukul 1 @ 2 @ 3 , Hanan tetap tunggu suaminya.
Saya suka dengan perangai Fareez tapi kalau perangai dia yang dah banyak kaki-kaki tu, tolak terus. Fareez ni gentlemen, and yeah dia suka usik Hanan.Ade part yang saya rasa cute je... konflik ringan, but at the same time rasa berdebar-debar jugalah. 
Sikap Hanan yang sabar dan penyayang itu lama-lama dapat jugak mencairkan hati Fareez. Perlahan-lahan Fareez mula menampakan perubahan. Tapi ada cubaan datang, Sally mengandung anak Fareez ? apa yang terjadi?actually saya ada buat sedikit twist and turn.Bahasa yang santai dan mudah difahami. well, i don't know what to say... tu je kot. hehe. Saya bagi 4 bintang


Written by:
Hasya :)























































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...