Insidious ; Chapter 2 Review!

Assalammualaikum and greetings guys! Dah lama kan tak dengar cerita? Oh yeah, we were busy.. but now dah free! Just.. mood nak update blog tu memang takdelah. So haritu, aku and Hasya (and 2 orang kawan lagi) pergi tengok Insidious 2. Actually, aku macam malas, sebab tidur sorang. Tapi disebabkan kawan-kawan terchenta, aku pergilah. So, ni nak review ni. Cerita ni.. BEST! takdelah seram sangat. Effect terkejut je. Make up takdelah teruk macam Malaysia punya cerita. Btw, James Wan , director ni Sarawakkian tau! Ok, keseraman dia balance dengan lawak. Lepastu, at first agak susah sikit nak faham. Tapi lama-lama faham sikit-sikit. Kalau tak tengok Insidious 1 pun, takpe. Korang akan faham jugak nanti! Memang best, tak rugi langsung! But then at night, my mind be like.... " Ok, ingat tak scene yang horror tu..." Hahaha. Aku memang bagi five stars lah. And this one is way better than The Conjuring. Conjuring was okay, takdelah horror gila. Dia punya ghost pun invisible. Tak nampak sangat. Nampak pun just 2-3 scene je. Haa, yang ni siap nyanyi "Row-row your boat" lagi! Aku memang nyanyi version dia la lepas tengok cerita tu.  And ada part yang sweet antara Patrick Wilson ( Josh Lambert)  and Rose Bryne (Renai Lambert). So yeah, memang tak rugi langsung! And yeah, nah several pictures for your nightmares, haha!






My favourite guys ; Specs and Tucker!
 
Rose Bryne and Patrick Wilson.
Patrick tu.. cute kan? haha

Okay, semoga korang enjoy dengan post and cerita ni!

Sincerely,
Yana

Review: Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu

Hey , y'all




SINOPSIS

Penulis: Sara Aisha
Publisher: KaryaSeni
Mukasurat: 600+
Harga: Semenanjung : RM24    Sabah/Sarawak : RM27
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )

“Kadangkala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata.  Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?”
Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn ialah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian ialah teman yang menyenangkan hatinya.
Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya.
“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa… Siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?!” – Dian Damia
Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibatnya. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa cara sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak-agak. Yang penting, Dian harus diselamatkan!
“Izinkan saya jaga awak… Izinkan saya lindungi awak, Dian…” - Karn Klaharn
Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?
“Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia.I would do anything for her...”

***

Review

Sorry, lambat post... hehe , kor thode ka (maafkan saya) . Sejak baca novel Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu ... saya dah mulalah pulak nak show off bahasa Thai saya , lulz. 

And yeah! novel memang best! kisah dia , apabila si Dian muncul kat Thai untuk mencari ketenangan. Bukan lepas putus cinta tiba-tiba nak lari. Nope! she's a writer .Nak cari ilham dan idea baru for her next novel.  Duduk dekat hotel , terjumpalah pulak sorang mamat Thai yang fasih berbahasa melayu. But something unexpected happened , nyawa Dian menjadi taruhan. Kerana duit, harta Dian menjadi mangsa...

Karn! seriously , Karn comel!  dia adalah pewaris dan penyambung generasi keluarga Thanasukolwit. The big boss of Le Grand, Siripon.  Berasal dari keluarga keturunan diraja , tapi kerana harta yang banyak tulah dia terlibat dalam permainan Sakda. Karn seorang ketua yang tegas, sangat menitikberatkan soal tanggungjawab. He's tooooo protective dalam menjaga Dian , selepas Dian hampir sahaja terbunuh gara-gara kejadian hitam itu. But, dalam protective dia ... he's really caring.

Sakda! he's evil you know! expect the unexpected ... hehe , try to discover ayat tadi. Sakda , all he wants is harta! harta keluarga Thanasukolwit. Tapi Sakda ni macam bayang-bayang, dia ada tapi kita tak nampak. Satu demi satu rancanganya  diatur dengan baik. Musuh dalam selimut!

Overall, best! lain daripada yang lain . 99% kisah dan tempat berlatar belakangkan Thailand. And yeah! boleh juga belajar Thai sikit. Lagipun, i memang suka Thailand. Orang kat sana pun berbudi bahasa. Saya bagi 4 bintang! harap2 writer dia ada buat special edition ke. 

expect the unexpected,
hasya :)




Kerana dirimu berharga :)



Assalammualaikum guys! So we're very sorry because we did not come out with a new post. Hehe, actually kami busy gila. Exam woii. hahah so lets talk about life. Hahaa, muka cheq je mesti cakap pasal life. dah tu nak cakap apa? Ok, korang pernah rasa down dengan diri sendiri? I mean, cheq bukan nak mempertikaikan ciptaan Allah, tapi korang ada tak rasa insecure? So, cheq pun rasa macam tu. pernah.

 Kat sekolah baru cheq ni, ada beberapa minah mulut loji. Ada pakat tanya, " weh kenapa kau hitam? adik kau putih je. masa kecik putih, mesti suka main panas." " kenapa kau gemuk? taknak diet ke? abang kau kurus je." sometimes , saya jadi bahan lawak cikgu dalam kelas. sebab saya gemuk. Allah dah cipta saya macam ni, apa yang perlu saya buat? saya tak mempertikaikan ciptaan Allah, malah saya sangat bersyukur dengan apa yang ada pada saya. So apa hak awak nak hina saya ? kutuk saya? And the best part goes to my dad. Saya cerita kat dia apa yang jadi, saya senyum tapi inside pahit and he understands! dia kata "kalau ada orang hina ika lagi, ika jawab je, kenapa kau tanya aku, tanya Allah yang ciptakan. Kalau kau tak puas hati dengan ciptaanNya, kau tanya lah Dia." "Buat dia tersentap dan sedar dia menghina Allah. Macam kisah nabi Nuh..."

And, jangan kita rasa kita ni teruk. Mungkin cara kita je tak kena. Allah ciptakan orang tu dengan berbagai kelebihan. Macam satu kelebihan saya yang ahli keluarga saya nampak dan saya sendiri rasa, saya suka bercakap. Hehe, saya jugak pandai dalam bab-bab serta hal ehwal media sosial terutamanya blog serta tumblr  yang memerlukan kepakaran yang lebih. Hehe perasaan je cheq ni.

OK, selain itu, darah sastera mengalir dalam diri saya. Tu ikut ayah saya lah tu :-) Dia pernah hantar beberapa karya dia dekat berita harian zaman dulu-dulu kita tak lahir lagi. Dan.... berita harian masukkan karya dia! Hehe, saya ada bukti tetapi atas sebab saya online guna computer, saya harus melupakan niat saya untuk menguploadkan gambar itu. Tetapi kalau tuan hamba masih tidak percayakan patik, patik tidak pula mengambil peduli kerana patik tahu patik tidak menipu. Hhehehe! Memang saya admit dalam hidup ni , ada masa kita akan rasa macam roller coaster,  bagai ombak yang bergelora, bangai angin kencang tetapi ingatlah saudara-saudari sekalian, hidup itu satu coretan. Satu seni. satu pemandangan. satu pertandingan. Kita perlu mencorakkan kehidupan kita berlandaskan landasan Allah s.w.t :) sekian daripada saya yang merendah diri, meminta izin untuk mengundurkan diri . Sekian, Assalammualaikum.

I feel so positive today !
Illyana :-)

#S1: Seram Tak Seram

WhatsupX2 ! hey y'all!

Sorry, dah seminggu kiteorang tak update blog hasya tengah demam dan malas nak bukak. Yana? dia baru lepas beranak kut...hehe

Actually, tak tahu nak post apa... bila teringat balik #throwback saya pernah buat cerpen...it's not a cerpen , some kinda short story... bila baca balik story tu, rasa macam kelakar pon ada. Haha.. kalau saya post ada ke orang nak baca? well, post jelah... takkan nak post dengan skrin kosong... story yang saya tulis time form 1 . Kisah benar dan ada yang saya tokok tambah... teringt pasal kisah kawan mak saudara pernah kena kacau lepas lalu kat Highland Tower . Enjoy!


***



Pada masa itu,Aku,Illyana,Zabrina dan Yildiz baru selesai makan malam disalah sebuah restoran di Kuala Lumpur.Yildiz mencadang untuk berjalan seketika.Aku hanya menurut permintaan kawan aku."Fatini,jom kite gi pusing sekejap?dekat-dekat sini aja".

"Tin,jom kite gi apartmen?Aku dengar apartmen tu runtuh dulu.Aku nak tengok"Yildiz bersuara.Aku memandang kearah Illyana dan Zabrina."Yana,Zab korang setuju tak dengan cadangan Yildiz".

"Aku setuju aje"Yana bersetuju dengan cadangan Yildiz.Kemudian aku pandang Zabrina yang tengah berSMS ngan pakwe dia.Ish!tak Konsen(tumpu perhatian)lah dia ni.Siap tersenyum-senyum lagi."Zab!kau dengar tak?"Aku marah dia.

"Apa kau tanya Tini?"Aku hanya mengeleng kepala."Kau ni orang cakap lainkali dengar.Ni tersenyum sorang-sorang entah ape yang dia angaukan ngan UNKNOWN kau tu?"Aku Fire dia.(Hahaha,sorry zabrina)

"Ish!kau ni nak marah-marah pulak.Yelah Cik Fatini....Aku sedia nak dengar,apa yang kau tanya tadi?"

"kau nak ikut tak gi apartmen yang dah runtuh...Ni cadangan Yildiz"aku ulang balik soalan tadi.

Zab seperti memikirkan sesuatu.Kemudian mengangguk.

"Chikediz(Yildiz)aku rasa esok ajelah,Hari ni dah malam"Aku risau esok nak kerja.Aku mengerling kearah jam di Dashboard dah pukul sebelas tengah malam.

"Ala,kau ni penakut betuilah.Gi Round aje kat situ then baliklah"Haih!Diz perangai tak pernah ubah dari zaman sekolah hingga sekarang still the same....suka pakse orang.Tapi yang bezanya dia lagi tinggi dari aku.Mase dulu-dulu di tingkatan 1 aku selalu perli dia.Mase tu tinggi paras bawah telinga aku aje....(jangan marah)

"Yelah,tapi sekejap aje esok nak kerja."Aku terus memandu sampailah kat apartmen tu.Kelihatan batu yang dah pecah.Yang aku peliknya ada seorang kanak perempuan main buaian ditemani seorang wanita berambut panjang.Aku tak nampak wanita itu sebab aku hanya nampak badan belakang aje.

Aku lihat budak itu tiada muka dan wanita itu pulak berpaling dan terlihat wajahnya yang begitu menakutkan.Aku memandang kearah Yildiz yang duduk disebelah aku.Yildiz tertidur rupanya,dia yang cadangkan nak tengok apartmen nie...dah sampai tup-tup tertidur.Asam cempedak punya kawan siap berdengkur lagi.Aku pandang yang Member serumah dibelakang.Hampeh!Zab tertidur sambil dengar MP3...Aku pandang kearah Yana sama aje dengan yang lain
cume bezanya:

Yildiz:berdengkur kuat mengalah bunyi motor.Kalau lawan ngan motor confirm Yildiz punye dengkuran yang kuat.

Zabrina:Ala~sweetnya dia tidur...aku nampak Zab bergerak sedikt...BUP!terhantuk pintu kereta...tapi still lena...hish pelik bin ajaib...dahlah hantuk kuat pada pintu kereta tapi tak keluar pun bunyi suara dari mulut dia...Kepala simen ape dia ni?

Yana:Haih!tak senonoh betul boleh pulak lap air liur dengan lengan baju.Kawan aku memang macam nie 2 bahagi 10=5.....dengan yg lain.


Aku pandang keluar.Terkejut beruk aku...Budak dan wanita tadi dah tak ada.Aku terus pecut kereta sampai kerumah.Seharian aku tak boleh tidur mengingati peristiwa tadi.Yang lain tentu sudah buat tahi mata bile sampai ke rumah.Tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang.Eh!tersilap pulak...itu ayat orang tengah dilamun cinta.Aku?
memang tak lena, mandi kadang-kadang basah sebab kalau dah lambat pergi kerja...terus main sambar aja baju yang tersangkut dialmari.kalau gigi,memang sentiasa gosok....kalau aku tak mandi...satu botol aku sembur pada badan...

Sorry to my friends Yana,Yildiz n Zab...aku gune watak korang nak wat cite....hehehe jangan marah
kalau nk kutuk...kutuk kat skolah eh?kat sini nnti panjang cite....aku sanggup tadah telinga....im ready!....Ashiqin,Laquesha,Sahira,Fazmi and others nnti aku wujudkan watak korang.....Aku saje nak wat benda nie...bosan sangat....


***

story zaman kanak2 ribena :P ... Yildiz and Zab tu pon our bestfriend jugak... kiteorang digelar 'The Incredible 4' haha...

ada lagi dua story yang hasya buat... tapi ini story pertama yang saya buat...lagi dua tu, hmmm... nantilah ye!

Ps: Drama Cinta Kau dan Aku , 15 Februari 2013 , TV1 , 10.05 malam , setiap hari khamis - jumaat . Tata!



Sharing is Loving,
hasya :)

Review: The Odd Life Of Timothy Green

Hye y'all! first post of February... welcome February, bye-bye January...

Hari ni nak review satu movie, hari tuh keluar promo kat astro box office macam syok je. So, belilah CD dia kata Plaza Masalam, kedai CD tingkat paling atas 'movie house' kot kalau tak silap. Kalau jalan-jalan saya bukanya tengok nama kedai, main terjah je.









Directed byPeter Hedges
Produced by
Screenplay byPeter Hedges
Story byAhmet Zappa


Movie ni mengisahkan sepasang suami isteri ( cinndyand jim green) yang tak ada anak, sampai satu hari dorang tanam kotak yang isinya kertas-kertas sifat2 bakal anak dorang macam mana dekat belakang rumah.Time malam hujan turun lebat gila... dorang check itu ini  tiba-tiba terjumpa seorang budak ni berlumuran dengan tanah dekat salah satu bilik dalam rumah tu.

Dan saat tu bermulalah The Odd Life Of Timothy Green, Timothy ni berasal dari taman yang sepasang suami isteri tanam kotak tu. 

Timothy macam seorang baby yang tak tahu pape pasal dunia, this and those and that diajar... tapi Timothy ada satu rahsia yang dia tak bagitahu dekat parents angkat dia... apa yang Timothy rahsiakan? ceh! saja nak kasi korang suspen.

But, overall movie ni memang best...bagi pendapat sayalah.Sesuatu yang luar biasa boleh berlaku dengan cara yang luar biasa....nothing impossible right?






Suka dengan watak Timothy yang blur and comel , Timothy ni relaks aje orangnya...like tak ada apa pape yang berlaku.But, last-last tu rasa macam nak nangis tapi dok tahan je. Saya tak suka menangis kalau tengok drama ke movie ke.... 

But tak nangislah , just terkesan kat hati....berkenan gila kat Timothy ... last2... nak tahu apa jadi? hah! korang tengoklah sendiri... keke... jahat pulak :P

That's all, kalau ada masa nanti kiteorang update... In Sya Allah 


Sharing is Caring.
Hasya :)





Friendship

Thanks Yana for your double post. Yup! memang susah kalau kita kehilangan seorang kawan baik yang paling kita rapat gila nak mampos ( kena ada mampos jugak ke?) , after 2 years of friendship , on December of 2012 i received a message from Shirgo/Zulaikhaaaa/ Illyana ( tak tau dia mane satu nama samaran dia) yang dia akan pindah... pindah mana? only the closest friends je yang tahu... but until now kitaorang still contact without walaupun tak jumpa... still bahagia (  in sha Allah )






Betul orang kata kalau kita tak hargai sesuatu itu , kalau benda tu dah tak ada baru nak menyesal... actually, saya tak rasa menyesal... just sedih, sebab selama ni kitaorang ibarat tv dengan remote... kalau remote nk tukar channel 114 , tv pon akan tukar... huh! saya tak tau apa yang saya repekkan , sila abaikan.

Kalau dulu kitaorang selalu ponteng nak jaga kelas , kitaorang lepak kat pagar sambil memantau... ceh! dulu selalu time waktu free kiteorang tolong cikgu... actually , saya dengan Yana kenal dari darjah 6 but disebabkan dia berlagak macam gangster (tangandibahumatakeatas) kiteorang tak kenal, just terserempak but tak pernah senyum (ye kot? tak tahulah kalau aku murah hati nak senyum)

Bila dah masuk tingkatan, jumpa dengan minah gangster ni. Muka sombong, jalan macam dapat pingat emas.. (ceh! sempat lagi kutuk dia) dan bermulalah kisah antara kami ( ayat macam orang bercinta) . Well, kiteorang pernah dilabel lesbian.. nak buat macam mana dah macam cengkerang dengan ketam. But, kiteprang bukanlah lesbian.. still dalam hati ada iman.

Selama 2 tahun ni, kiteorang dah tahu apa dislikes... banyak peristiwa yang kiteorang lalui, kisah airmata, kisah senyum dan tawa...

Sayang kiteorang dah tak sama sekolah, life goes on right? Kalau kita nak orang tu sentiasa ingatkan kita , kita just doa dan sentiasa sebut nama orang yang kita sayang dalam doa. Sangat susah nak dapat kawan macam si minah tu.

Friendship kita berharga macam hati, kita jaga hati orang dan kita pon jaga hati kita sendiri, saling jaga dan menjaga. Kalau nak cari sahabat yang baik, carilah sahabat yang ada masa orang lain tiada, cari sahabat bukan sebab dia kaya, popular,cantik... semua tu tak penting. Kalau perangai dia buruk , kita pon tak tahan jugak kan? carilah sahabat yang baik dari segi akhlak. Sahabat pon ada pengaruh yang kuat, kalau iman kita tak kuat terjerumuslah kita ke lembah ....

Dalam post yang saya sampaikan ambiklah mesej or moral values.. ade nilai dia..

Thank You Yana for this two years of friendship and thank you Allah :) (2011- present )



Sharing is caring,
Hasya :)

Piece of heart..

 
Incredible Four <3
 
Yildiz , she loves to vainnn ! 
 
She's cute isn't?
 
Prefects dinner, Hasya was the cameragirl.
 
:)

Actually we've been waiting for the time that Yildiz can wear the same outfit as our's too.... 

Assalammualaikum . So inilah koleksi gambar peribadi kami. Banyak lagi sebenarnya , tapi cukuplah ni je kan? Saya terlalu rindu nak keluar , main puching bag dengan dorang , sing our favourite songs, talking bout lifes bla bla. Gaduh, suka, nangis and that's make us strong. Kitaorang tak sama, tak banyak persamaan malah sangat berbeza, tetapi perbezaan itulah yang melengkapi kami. Saling melengkapi. Susah nak describe friendship kitaorang. Susah jugak nak describe macam mana sayangnya saya kat dorang. But I love you guys so much. So much. Too much. May Allah bless and protect this friendship. May our friendship last forever. You guys are like diamonds , shine and hard to find. And... valueable. No rings or even platinum can replace you guys. Just remember that. You guys in my heart , forever. I love you guys.

p/s:  1Budi 2011! :p 


Zillion of loves ,
Illyana :-) , xx






Life goes on , right?

Assalammualaikum, ni first post saya kot. Haha, salam 2013. So, saya dah pindah sekolah, dan rasanya amat menyakitkan. Sampai selalu imaginasi yang saya akan pindah SMKS9 balik. Yep , orang cakap " sabarlah, you'll get used to it" Hmm . Yang laluinya saya. Saya takde kawan. Hehe. Saya bukan memilih kawan, tetapi saya memilih "pengaruh" yang betul. Kat sini semuanya macam budak-budak rempit sikit. Nolah, saya bukan cakap rempit yang tulis "Aq, Jeww,ChUmEyLl" tapi tahlah , budak-budak tu jenis yang suka menggatal like over gila. Dan kat situ macam banyak orang gila, dan tak selamat sangat. But , life goes on. Sekarang macam dah ok sikit. Cuma, rehat tu masih sorang-sorang. Tapi tahlah, matlamat saya just nak dapat 8A's dan terus masuk asrama :-) Assalammualaikum  .


Don't give up ,
Illyana :-)

Drama Cinta Kau Dan Aku !







woot woot! hai semua~ sorry dah lama tak update... we've been very busy lately. But , we have some good news untuk orang yang novelholic ni.

The news is... novel Cinta Kau Dan Aku karya Siti Rosmizah, akan datang bulan Februari ni . In Sha Allah , kalau tak ada aral melintang. Nak tau siapa pelakon dia? kalau ada yang membantah tak boleh buat apa lagi dah, pemilihan dah dibuat dan dah tamat shooting... jeng jeng jeng!

^
^

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^













Gambar2 kat atas tulah pelakon drama Cinta Kau Dan Aku... channel mana? Tv1 .

Kalau nak tahu lebih lanjut  pasal drama ni just klik here



















Novel? Drama? Filem? Pesta Buku !


Dah jadi trend dah adaptasi novel ni, dari dulu sampai sekarang. Dari tahun ke tahun lagi banyak novel.Dan sekarang yang paling hangat dimainkan dikaca Tv 'Adam dan Hawa' karya Aisya Sofea. Meh, saya nak share dan kongsi novel yang bakal dan  telah diadaptasi.




Adaptasi Novel Drama/Filem

1. Adam dan Hawa
2. Kasih Yang Suci
3. Sedingin Salju Indiana
4. Kau Untukku
5. Jauh
6. Ombak Rindu
7. Gemersik Kalbu
8. Kau Yang Satu
9. Duri
10. Bicara Hati
11. Manisnya Cinta
12. Tiada Yang Kedua
13. Kasih Antara Kita
14. Dewa Cinta
15. Setia Hujung Nyawa
16. Kau Sayangku
17. Kau Laksana Bulan
18. Lagenda Budak Setan
19. Stanza Cinta
20. Tangisan Bulan Madu
21.Trilogi Cinta
22Seindah Sakura
23.Karipap-Karipap Cinta

* ada lagi tapi tak ingat

Akan Datang

1. Suami Aku Ustaz
2. Sebenarnya Aku Isteri Dia
3. Sehangat Asmara
4. Bayangan Rindu

* ini jelah novel yang bakal diadaptasi yang saya tahu.

Novel yang saya nak tengok dikaca tv!

1. Awak Suka Saya Tak
2. I Love You Stupid!
3. Andai itu Takdirnya (dengar kabar macam nak keluar, tak tahulah)
4. Cinta Aku Dan Dia
5. 7 Hari Mencintaiku

Dan tak lama lagi ada pesta buku! pesta buku 1 Malaysia...





Written by:
Hasya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...