Pulau/Pantai tercantik di Asia


Hari ni nak share pasal Pulau-pulau yang tercantik kat Malaysia. Kot-kot boleh bawak keluarga bercuti kan? jangan bawak awek gi honeymoon sudah.




PULAU SIPADAN! sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur SabahMalaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut.

Apa daya penarik dia selain suasana lautnya yang damai dan hijau-kebiruan? 

Di sekitar Pulau Sipadan mempunyai beberapa kawasan popular untuk penyelam "Hot spot center to scuba divers" misalnya Barracuda Point, Turtle Cavern (Gua Penyu), Coral Gardens Drop Off (terletak berhampiran jeti utama Pulau Sipadan), North Point, West Ridge, Taman-taman Tergantung (Hanging Gardens), Lobster Lair, Staghorn Crest, South Point, Turtle Patch, Batu Karang Tengah (Mid Reef), Whitetip Avenue dan Coral Gardens.

Bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti Barracudapenyuikan, dan sebagainya. Warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia.

Selain Pulau Sipadan ada satu lagi Pulau yang dok kat Sabah. 







TANJUNG ARU BEACH! ni bukan pulau tapi pantai, tapi saya still nak post.Tak salah kan? Masa saya tinggal kat Sabah dulu, saya dan family selalu datang sini time weekand.Kat Tanjung Aru ni ada taman permainan, serius memang lawa.And kita boleh bagi makan kat kura-kura. Kat sana pun ada gerai and durian.Dulu, kalau kiteorg mengidam durian, Tanjung Aru nilah jadi sasaran. 

Kalau korang tension ke apa, korang boleh datang kat Tanjung Aru ni.Sebab suasana dia betul-betul mendamaikan.Angin bertiup sepoi je. Memang syoklah suasana dia. Dulu kalau nak datang Tanjung Aru ni nak masuk kena bayar RM 1 @ 2 je. 




Next is PULAU PERHENTIAN! Terletak di negeri Terengganu, Malaysia, sekitar 40 batu (64km) selatan dari sempadan Thailand. Ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang-alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu.Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur.





PULAU REDANG ni antara pulau terbesar dan tercantik di pantai timu asia. Pulau ni sekarang dah menjadi tarikan pelancongan luar dan menjadi pusat peranginan paling popular. Apa daya penarik pulau ni? Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.

Indahnya ciptaan yang Allah cipta, manusia sekarang patut bersyukur kerana kita dapat melihat dan merasainya. Sambil tu kita boleh cuci mata, yelah mata kita pon perlu melihat banyak benda hijau. Jangan pikir lain pulak.Benda hijau yang macam tumbuh-tumbuhan. Warna hijau ni mampu menyejukkan mata kita. Sekian post pada hari ini. Haha

Written by,
Hasya :)











Melur Jelita muncul di NLKO!



Hey whats up y'all, ceh!My favourite penulis iaitu Melur Jelita dijemput ke rancangan pagi , Nasi Lemak Kopi O buat kali kedua. Tapi saya terlepas tengok rancangan ni pagi tadi sebab tertidur balik lepas subuh, dah set jam tapi...tau tau jelah..haha.

So, bagi sesiapa peminat yang termiss this show pagi tadi.Meh, saya uploadkan video beliau. Ni kali kedua beliau ditemubual . Masa first time tu bulan December , nak promot novel beliau yang pertama ' AWAK SUKA SAYA TAK ' . Untuk video beliau yang pertama. Thanks to Fika Syuhada yang tolong uploadkan. Yang first ni , K.Melur Jelita disoal siat dengan Aziz Desa.





And kali kedua pulak beliau ditemubual di NLKO. Kali ni dengan Bienda pulak.Ni untuk promot novel kedua beliau I LOVE YOU STUPID! Thanks to Kancil940.


                                       

Bubye, Assalamualaikum~

Written by,
Hasya :)









Review Novel: Awak Suka Saya Tak

Hey and Assalamualaikum~

This is our first post, actually kiteorang tak tahu nak post apa. So, as the beginning... kiteorang review novel. Banyak jugaklah novel yang kiteorang dah baca and kiteorang HANYA review novel yang memang antara top. Okey!






SINOPSIS:

Penulis:Melur Jelita
Publisher:Karya Seni
Muka/Surat: 1056
Harga: Semenanjung RM 32 / Sabah @ Sarawak RM 38 
*Order online diskaun 3 ringgit

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.
Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.
Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…
" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong
" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong
" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha
REVIEW:
Saya kenal novel ni dari blog, entah macam mana saya tersadung kat blog penulis sendiri.Lepas baca part by part dekat belog Melur Jelita hati rasa berat dan ringan nak beli. Dahlah novel ni page 1000+ , yang ajaibnya.Saya mampu habis baca dalam masa 2/3 hari. And this is the first novel i managed to finish dengan mukasurat 1000+ .Saya akan cerita sikit je, mana boleh cerita sampai ending.Kang potong mood pembaca je. Ye tak? hehe
Saya takleh nak bayangkan betapa hensemnya si Hilman Yong ni, bile korang baca confirm korang akan terbuai dengan keromantikan,kemachoan Hilman Yong.Saya pon dah jatuh cinta dengan watak Hilman. Hilman ni mualaf yang berusia 29 tahun dan si Intan Zulaikha ni pulak gadis yang ego,keras kepala and sometimes annoying sikit dengan watak dia. Actually, saya tak tahu nak cakap macam mana. Novel ni santai dan konflik dia ringan, rasa macam tak ada konfliklah. Selalunya novel kan ada watak jahat, but this... not to worry watak jahat macam tak ada je... haha.
Novel karya Melur Jelita ni cukup santai dan membuatkan kita lebih menyedari apa erti kasih sayang.Setiap ayat yang keluar dari mulut Hilman Yong buat saya TERkedu,TERgamam,TERharu rasa nak nangis pun ada. Rasa macam tak cukup je baca novel ni yang mukasurat hanya 1000+... huhuhu.
Dan penulis Melur Jelita juga pernah diundang untuk mempromosikan novelnya kat rancangan pagi 'Nasi Lemak Kopi O' and yeah, antara yang paling best dalam carta hatiku. Sorry, kalau saya review memang tak best. Saya memang tak pandai nak review novel, cakap BEST and TAK je. Untuk novel ni , i gave 5 stars  just ending dia tak puas hati.Akhir bicara,Assalamualaikum~

★ ★ ★ ★ ★ 
Written by,
Hasya :)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...