Pulau/Pantai tercantik di Asia


Hari ni nak share pasal Pulau-pulau yang tercantik kat Malaysia. Kot-kot boleh bawak keluarga bercuti kan? jangan bawak awek gi honeymoon sudah.




PULAU SIPADAN! sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur SabahMalaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut.

Apa daya penarik dia selain suasana lautnya yang damai dan hijau-kebiruan? 

Di sekitar Pulau Sipadan mempunyai beberapa kawasan popular untuk penyelam "Hot spot center to scuba divers" misalnya Barracuda Point, Turtle Cavern (Gua Penyu), Coral Gardens Drop Off (terletak berhampiran jeti utama Pulau Sipadan), North Point, West Ridge, Taman-taman Tergantung (Hanging Gardens), Lobster Lair, Staghorn Crest, South Point, Turtle Patch, Batu Karang Tengah (Mid Reef), Whitetip Avenue dan Coral Gardens.

Bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti Barracudapenyuikan, dan sebagainya. Warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia.

Selain Pulau Sipadan ada satu lagi Pulau yang dok kat Sabah. 







TANJUNG ARU BEACH! ni bukan pulau tapi pantai, tapi saya still nak post.Tak salah kan? Masa saya tinggal kat Sabah dulu, saya dan family selalu datang sini time weekand.Kat Tanjung Aru ni ada taman permainan, serius memang lawa.And kita boleh bagi makan kat kura-kura. Kat sana pun ada gerai and durian.Dulu, kalau kiteorg mengidam durian, Tanjung Aru nilah jadi sasaran. 

Kalau korang tension ke apa, korang boleh datang kat Tanjung Aru ni.Sebab suasana dia betul-betul mendamaikan.Angin bertiup sepoi je. Memang syoklah suasana dia. Dulu kalau nak datang Tanjung Aru ni nak masuk kena bayar RM 1 @ 2 je. 




Next is PULAU PERHENTIAN! Terletak di negeri Terengganu, Malaysia, sekitar 40 batu (64km) selatan dari sempadan Thailand. Ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang-alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu.Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur.





PULAU REDANG ni antara pulau terbesar dan tercantik di pantai timu asia. Pulau ni sekarang dah menjadi tarikan pelancongan luar dan menjadi pusat peranginan paling popular. Apa daya penarik pulau ni? Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.

Indahnya ciptaan yang Allah cipta, manusia sekarang patut bersyukur kerana kita dapat melihat dan merasainya. Sambil tu kita boleh cuci mata, yelah mata kita pon perlu melihat banyak benda hijau. Jangan pikir lain pulak.Benda hijau yang macam tumbuh-tumbuhan. Warna hijau ni mampu menyejukkan mata kita. Sekian post pada hari ini. Haha

Written by,
Hasya :)











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...