Review: Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu

Hey , y'all




SINOPSIS

Penulis: Sara Aisha
Publisher: KaryaSeni
Mukasurat: 600+
Harga: Semenanjung : RM24    Sabah/Sarawak : RM27
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )

“Kadangkala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata.  Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?”
Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn ialah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian ialah teman yang menyenangkan hatinya.
Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya.
“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa… Siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?!” – Dian Damia
Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibatnya. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa cara sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak-agak. Yang penting, Dian harus diselamatkan!
“Izinkan saya jaga awak… Izinkan saya lindungi awak, Dian…” - Karn Klaharn
Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?
“Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia.I would do anything for her...”

***

Review

Sorry, lambat post... hehe , kor thode ka (maafkan saya) . Sejak baca novel Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu ... saya dah mulalah pulak nak show off bahasa Thai saya , lulz. 

And yeah! novel memang best! kisah dia , apabila si Dian muncul kat Thai untuk mencari ketenangan. Bukan lepas putus cinta tiba-tiba nak lari. Nope! she's a writer .Nak cari ilham dan idea baru for her next novel.  Duduk dekat hotel , terjumpalah pulak sorang mamat Thai yang fasih berbahasa melayu. But something unexpected happened , nyawa Dian menjadi taruhan. Kerana duit, harta Dian menjadi mangsa...

Karn! seriously , Karn comel!  dia adalah pewaris dan penyambung generasi keluarga Thanasukolwit. The big boss of Le Grand, Siripon.  Berasal dari keluarga keturunan diraja , tapi kerana harta yang banyak tulah dia terlibat dalam permainan Sakda. Karn seorang ketua yang tegas, sangat menitikberatkan soal tanggungjawab. He's tooooo protective dalam menjaga Dian , selepas Dian hampir sahaja terbunuh gara-gara kejadian hitam itu. But, dalam protective dia ... he's really caring.

Sakda! he's evil you know! expect the unexpected ... hehe , try to discover ayat tadi. Sakda , all he wants is harta! harta keluarga Thanasukolwit. Tapi Sakda ni macam bayang-bayang, dia ada tapi kita tak nampak. Satu demi satu rancanganya  diatur dengan baik. Musuh dalam selimut!

Overall, best! lain daripada yang lain . 99% kisah dan tempat berlatar belakangkan Thailand. And yeah! boleh juga belajar Thai sikit. Lagipun, i memang suka Thailand. Orang kat sana pun berbudi bahasa. Saya bagi 4 bintang! harap2 writer dia ada buat special edition ke. 

expect the unexpected,
hasya :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...