Kerana dirimu berharga :)



Assalammualaikum guys! So we're very sorry because we did not come out with a new post. Hehe, actually kami busy gila. Exam woii. hahah so lets talk about life. Hahaa, muka cheq je mesti cakap pasal life. dah tu nak cakap apa? Ok, korang pernah rasa down dengan diri sendiri? I mean, cheq bukan nak mempertikaikan ciptaan Allah, tapi korang ada tak rasa insecure? So, cheq pun rasa macam tu. pernah.

 Kat sekolah baru cheq ni, ada beberapa minah mulut loji. Ada pakat tanya, " weh kenapa kau hitam? adik kau putih je. masa kecik putih, mesti suka main panas." " kenapa kau gemuk? taknak diet ke? abang kau kurus je." sometimes , saya jadi bahan lawak cikgu dalam kelas. sebab saya gemuk. Allah dah cipta saya macam ni, apa yang perlu saya buat? saya tak mempertikaikan ciptaan Allah, malah saya sangat bersyukur dengan apa yang ada pada saya. So apa hak awak nak hina saya ? kutuk saya? And the best part goes to my dad. Saya cerita kat dia apa yang jadi, saya senyum tapi inside pahit and he understands! dia kata "kalau ada orang hina ika lagi, ika jawab je, kenapa kau tanya aku, tanya Allah yang ciptakan. Kalau kau tak puas hati dengan ciptaanNya, kau tanya lah Dia." "Buat dia tersentap dan sedar dia menghina Allah. Macam kisah nabi Nuh..."

And, jangan kita rasa kita ni teruk. Mungkin cara kita je tak kena. Allah ciptakan orang tu dengan berbagai kelebihan. Macam satu kelebihan saya yang ahli keluarga saya nampak dan saya sendiri rasa, saya suka bercakap. Hehe, saya jugak pandai dalam bab-bab serta hal ehwal media sosial terutamanya blog serta tumblr  yang memerlukan kepakaran yang lebih. Hehe perasaan je cheq ni.

OK, selain itu, darah sastera mengalir dalam diri saya. Tu ikut ayah saya lah tu :-) Dia pernah hantar beberapa karya dia dekat berita harian zaman dulu-dulu kita tak lahir lagi. Dan.... berita harian masukkan karya dia! Hehe, saya ada bukti tetapi atas sebab saya online guna computer, saya harus melupakan niat saya untuk menguploadkan gambar itu. Tetapi kalau tuan hamba masih tidak percayakan patik, patik tidak pula mengambil peduli kerana patik tahu patik tidak menipu. Hhehehe! Memang saya admit dalam hidup ni , ada masa kita akan rasa macam roller coaster,  bagai ombak yang bergelora, bangai angin kencang tetapi ingatlah saudara-saudari sekalian, hidup itu satu coretan. Satu seni. satu pemandangan. satu pertandingan. Kita perlu mencorakkan kehidupan kita berlandaskan landasan Allah s.w.t :) sekian daripada saya yang merendah diri, meminta izin untuk mengundurkan diri . Sekian, Assalammualaikum.

I feel so positive today !
Illyana :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...