Showing posts with label memories. Show all posts
Showing posts with label memories. Show all posts

Friendship

Thanks Yana for your double post. Yup! memang susah kalau kita kehilangan seorang kawan baik yang paling kita rapat gila nak mampos ( kena ada mampos jugak ke?) , after 2 years of friendship , on December of 2012 i received a message from Shirgo/Zulaikhaaaa/ Illyana ( tak tau dia mane satu nama samaran dia) yang dia akan pindah... pindah mana? only the closest friends je yang tahu... but until now kitaorang still contact without walaupun tak jumpa... still bahagia (  in sha Allah )






Betul orang kata kalau kita tak hargai sesuatu itu , kalau benda tu dah tak ada baru nak menyesal... actually, saya tak rasa menyesal... just sedih, sebab selama ni kitaorang ibarat tv dengan remote... kalau remote nk tukar channel 114 , tv pon akan tukar... huh! saya tak tau apa yang saya repekkan , sila abaikan.

Kalau dulu kitaorang selalu ponteng nak jaga kelas , kitaorang lepak kat pagar sambil memantau... ceh! dulu selalu time waktu free kiteorang tolong cikgu... actually , saya dengan Yana kenal dari darjah 6 but disebabkan dia berlagak macam gangster (tangandibahumatakeatas) kiteorang tak kenal, just terserempak but tak pernah senyum (ye kot? tak tahulah kalau aku murah hati nak senyum)

Bila dah masuk tingkatan, jumpa dengan minah gangster ni. Muka sombong, jalan macam dapat pingat emas.. (ceh! sempat lagi kutuk dia) dan bermulalah kisah antara kami ( ayat macam orang bercinta) . Well, kiteorang pernah dilabel lesbian.. nak buat macam mana dah macam cengkerang dengan ketam. But, kiteprang bukanlah lesbian.. still dalam hati ada iman.

Selama 2 tahun ni, kiteorang dah tahu apa dislikes... banyak peristiwa yang kiteorang lalui, kisah airmata, kisah senyum dan tawa...

Sayang kiteorang dah tak sama sekolah, life goes on right? Kalau kita nak orang tu sentiasa ingatkan kita , kita just doa dan sentiasa sebut nama orang yang kita sayang dalam doa. Sangat susah nak dapat kawan macam si minah tu.

Friendship kita berharga macam hati, kita jaga hati orang dan kita pon jaga hati kita sendiri, saling jaga dan menjaga. Kalau nak cari sahabat yang baik, carilah sahabat yang ada masa orang lain tiada, cari sahabat bukan sebab dia kaya, popular,cantik... semua tu tak penting. Kalau perangai dia buruk , kita pon tak tahan jugak kan? carilah sahabat yang baik dari segi akhlak. Sahabat pon ada pengaruh yang kuat, kalau iman kita tak kuat terjerumuslah kita ke lembah ....

Dalam post yang saya sampaikan ambiklah mesej or moral values.. ade nilai dia..

Thank You Yana for this two years of friendship and thank you Allah :) (2011- present )



Sharing is caring,
Hasya :)

My Childhood





#Kisah 2 (sambungan dari #Kisah 1 )

Time ni bulan ramadhan, ada beberapa hari lagi umat islam akan menyambut raya. Waktu tu dah petang , me and my cousin followed our Pak Teh ke kebun. Nak ambik buah kelapa and buah lain. Biasalah petang tak tahu nak buat apa, bagi menghilangkan rasa bosan ikutlah Pak Teh. Just me and my cousin, kiteorang berdua je.

Sementara tunggu our uncle habis mengait kelapa, me and my cousin jalan-jalan keliling kebun ( nenek punye kebun ) jalan punya jalan terjumpalah parit. Kiteorang nak tahu sama ada parit tu dalam atau tak kitaorang pun ambik kayu panjang. Dok jolok-jolok masuk dalam parit tu. Tiba-tiba.... nak tahu apa yang jadi?


jeng! jeng! jeng!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Bark! Bark! bunyi anjing menyalak, rasa macam dekat je suara anjing tu. Apalagi, jadi lipas kudunglah kitaorang. Memang kebun nenek ada anjing tapi sebagai untuk menjaga kebun. Lari dengan sepenuh hati, rasa macam nak nangis pun ada. Lari dekat pak cik kitaorang , naseb baik pak teh ada sebab anjing tu kenal dengan pak teh. Pak teh selalu datang kebun nenek. Sampai balik rumah kiteorang secousin bising-bising.Mana taknya itulah kali pertama dan terakhir kitaorang kena kejar.

Rasa macam nak aja masa berulang, i never wanna grow up. I treasure and i kept it locked inside my heart so it won't dissappear . I miss my childhood. Everbody miss their childhood memories right?


Written by:
Hasya :)


Kenangan Itu Manis


Haila~ teringat time zaman kanak-kanak ribena dulu, semuanya manis-manis belaka. Rasa macam nak berputar balik masa. Hari ni saya nak kongsi, apa kenangan yang terindah yang pernah tercatat dalam hidup dan memang tak boleh dilupakan.





Kisah 1

Masa ni saya budak tadika lagi and time saya sekolah kat sabah. Ada satu hari ni, kalau tak silap saya dah lambat nak ke sekolah. Saya pergi sekolah selalu naik motor jelah bibik hantarkan.Sekolah dekat je,tak sampai satu kilometer.

Sekolah kat Sabah pakaian dia lain ye, tak tahulah sekolah Sabah yang lain macam mana. Pakai pinafore and baju tanpa lengan. Time tu tadika lagi, kalau baju sukan lengan pendek seluar paras lutut.Hmm...

Ish! banyak explain pulak day. So, saya dengan bibik naik motor jenama Suzuki ( sekarang dah rosak ).Ni contoh dia.





Tapi warna kuning, and ada bakul besar dekat belakang. Saya duduk kat belakang, jaga bakul tu. Sebab bakul tu macam nak goyang. So, bila dah masuk je pagar sekolah. Sekolah ada parking lot luaslah jugak.

Time nak belok aja bakul tu jatuh. Macam hawau je,takleh ke jatuh time kiteorang dah berhenti.Time vroom vroom jugak dia jatuh.Dahlah ada kereta kat belakang, naseb kereta tu tak langgar. So pergilah ambil bakul yang dah rupa dia dah macam kena makan dengan harimau.

Then, masuk parking sekolah... masuk je parking motor kiteorang pulak jatuh. Time tu tanah tak adalah basah sangat, nasib baik baju sekolah tak kotor sangat. Tak cedera just calar-calar sikit. Terima kasih kepada bibik sebab sanggup mengharungi kedukaan denganku. Bukan kedukaan, naseb malang!

Bila semua dah settle and okey, saya masuk sekolah. Masuk je kelas tengok kelas kosong. Tengok kelas lain pulak kosong.' Aku datang awal sangat ke? aku rasa aku lambat.' Then, jumpa bibik balik, nasib baik time tu bibik tak balik lagi kalau tak, mau kena tadah telinga dengar sindirannya yang memang tajam yang amat.

Tanya pak guard sekolah tu, pak guard tu "Sekolah tengah cuti, esok baru buka." Dush! sebijik penampar kena kat muka. Biaselah budak tadika semuanya tak tahu,Itulah aku.Takkan still ingat benda ni sampai sekarang.Hahaha

Kenangan itu manis bagaikan diisi dengan gula. Zaman Ribena dah berlalu sekarang saya tengah melalui fasa remaja. Insha Allah , will continue. Mesti ada yang menyampah :P 




Written by:
Hasya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...