Showing posts with label quotes. Show all posts
Showing posts with label quotes. Show all posts

Kerana dirimu berharga :)



Assalammualaikum guys! So we're very sorry because we did not come out with a new post. Hehe, actually kami busy gila. Exam woii. hahah so lets talk about life. Hahaa, muka cheq je mesti cakap pasal life. dah tu nak cakap apa? Ok, korang pernah rasa down dengan diri sendiri? I mean, cheq bukan nak mempertikaikan ciptaan Allah, tapi korang ada tak rasa insecure? So, cheq pun rasa macam tu. pernah.

 Kat sekolah baru cheq ni, ada beberapa minah mulut loji. Ada pakat tanya, " weh kenapa kau hitam? adik kau putih je. masa kecik putih, mesti suka main panas." " kenapa kau gemuk? taknak diet ke? abang kau kurus je." sometimes , saya jadi bahan lawak cikgu dalam kelas. sebab saya gemuk. Allah dah cipta saya macam ni, apa yang perlu saya buat? saya tak mempertikaikan ciptaan Allah, malah saya sangat bersyukur dengan apa yang ada pada saya. So apa hak awak nak hina saya ? kutuk saya? And the best part goes to my dad. Saya cerita kat dia apa yang jadi, saya senyum tapi inside pahit and he understands! dia kata "kalau ada orang hina ika lagi, ika jawab je, kenapa kau tanya aku, tanya Allah yang ciptakan. Kalau kau tak puas hati dengan ciptaanNya, kau tanya lah Dia." "Buat dia tersentap dan sedar dia menghina Allah. Macam kisah nabi Nuh..."

And, jangan kita rasa kita ni teruk. Mungkin cara kita je tak kena. Allah ciptakan orang tu dengan berbagai kelebihan. Macam satu kelebihan saya yang ahli keluarga saya nampak dan saya sendiri rasa, saya suka bercakap. Hehe, saya jugak pandai dalam bab-bab serta hal ehwal media sosial terutamanya blog serta tumblr  yang memerlukan kepakaran yang lebih. Hehe perasaan je cheq ni.

OK, selain itu, darah sastera mengalir dalam diri saya. Tu ikut ayah saya lah tu :-) Dia pernah hantar beberapa karya dia dekat berita harian zaman dulu-dulu kita tak lahir lagi. Dan.... berita harian masukkan karya dia! Hehe, saya ada bukti tetapi atas sebab saya online guna computer, saya harus melupakan niat saya untuk menguploadkan gambar itu. Tetapi kalau tuan hamba masih tidak percayakan patik, patik tidak pula mengambil peduli kerana patik tahu patik tidak menipu. Hhehehe! Memang saya admit dalam hidup ni , ada masa kita akan rasa macam roller coaster,  bagai ombak yang bergelora, bangai angin kencang tetapi ingatlah saudara-saudari sekalian, hidup itu satu coretan. Satu seni. satu pemandangan. satu pertandingan. Kita perlu mencorakkan kehidupan kita berlandaskan landasan Allah s.w.t :) sekian daripada saya yang merendah diri, meminta izin untuk mengundurkan diri . Sekian, Assalammualaikum.

I feel so positive today !
Illyana :-)

Review: The Odd Life Of Timothy Green

Hye y'all! first post of February... welcome February, bye-bye January...

Hari ni nak review satu movie, hari tuh keluar promo kat astro box office macam syok je. So, belilah CD dia kata Plaza Masalam, kedai CD tingkat paling atas 'movie house' kot kalau tak silap. Kalau jalan-jalan saya bukanya tengok nama kedai, main terjah je.









Directed byPeter Hedges
Produced by
Screenplay byPeter Hedges
Story byAhmet Zappa


Movie ni mengisahkan sepasang suami isteri ( cinndyand jim green) yang tak ada anak, sampai satu hari dorang tanam kotak yang isinya kertas-kertas sifat2 bakal anak dorang macam mana dekat belakang rumah.Time malam hujan turun lebat gila... dorang check itu ini  tiba-tiba terjumpa seorang budak ni berlumuran dengan tanah dekat salah satu bilik dalam rumah tu.

Dan saat tu bermulalah The Odd Life Of Timothy Green, Timothy ni berasal dari taman yang sepasang suami isteri tanam kotak tu. 

Timothy macam seorang baby yang tak tahu pape pasal dunia, this and those and that diajar... tapi Timothy ada satu rahsia yang dia tak bagitahu dekat parents angkat dia... apa yang Timothy rahsiakan? ceh! saja nak kasi korang suspen.

But, overall movie ni memang best...bagi pendapat sayalah.Sesuatu yang luar biasa boleh berlaku dengan cara yang luar biasa....nothing impossible right?






Suka dengan watak Timothy yang blur and comel , Timothy ni relaks aje orangnya...like tak ada apa pape yang berlaku.But, last-last tu rasa macam nak nangis tapi dok tahan je. Saya tak suka menangis kalau tengok drama ke movie ke.... 

But tak nangislah , just terkesan kat hati....berkenan gila kat Timothy ... last2... nak tahu apa jadi? hah! korang tengoklah sendiri... keke... jahat pulak :P

That's all, kalau ada masa nanti kiteorang update... In Sya Allah 


Sharing is Caring.
Hasya :)





Friendship

Thanks Yana for your double post. Yup! memang susah kalau kita kehilangan seorang kawan baik yang paling kita rapat gila nak mampos ( kena ada mampos jugak ke?) , after 2 years of friendship , on December of 2012 i received a message from Shirgo/Zulaikhaaaa/ Illyana ( tak tau dia mane satu nama samaran dia) yang dia akan pindah... pindah mana? only the closest friends je yang tahu... but until now kitaorang still contact without walaupun tak jumpa... still bahagia (  in sha Allah )






Betul orang kata kalau kita tak hargai sesuatu itu , kalau benda tu dah tak ada baru nak menyesal... actually, saya tak rasa menyesal... just sedih, sebab selama ni kitaorang ibarat tv dengan remote... kalau remote nk tukar channel 114 , tv pon akan tukar... huh! saya tak tau apa yang saya repekkan , sila abaikan.

Kalau dulu kitaorang selalu ponteng nak jaga kelas , kitaorang lepak kat pagar sambil memantau... ceh! dulu selalu time waktu free kiteorang tolong cikgu... actually , saya dengan Yana kenal dari darjah 6 but disebabkan dia berlagak macam gangster (tangandibahumatakeatas) kiteorang tak kenal, just terserempak but tak pernah senyum (ye kot? tak tahulah kalau aku murah hati nak senyum)

Bila dah masuk tingkatan, jumpa dengan minah gangster ni. Muka sombong, jalan macam dapat pingat emas.. (ceh! sempat lagi kutuk dia) dan bermulalah kisah antara kami ( ayat macam orang bercinta) . Well, kiteorang pernah dilabel lesbian.. nak buat macam mana dah macam cengkerang dengan ketam. But, kiteprang bukanlah lesbian.. still dalam hati ada iman.

Selama 2 tahun ni, kiteorang dah tahu apa dislikes... banyak peristiwa yang kiteorang lalui, kisah airmata, kisah senyum dan tawa...

Sayang kiteorang dah tak sama sekolah, life goes on right? Kalau kita nak orang tu sentiasa ingatkan kita , kita just doa dan sentiasa sebut nama orang yang kita sayang dalam doa. Sangat susah nak dapat kawan macam si minah tu.

Friendship kita berharga macam hati, kita jaga hati orang dan kita pon jaga hati kita sendiri, saling jaga dan menjaga. Kalau nak cari sahabat yang baik, carilah sahabat yang ada masa orang lain tiada, cari sahabat bukan sebab dia kaya, popular,cantik... semua tu tak penting. Kalau perangai dia buruk , kita pon tak tahan jugak kan? carilah sahabat yang baik dari segi akhlak. Sahabat pon ada pengaruh yang kuat, kalau iman kita tak kuat terjerumuslah kita ke lembah ....

Dalam post yang saya sampaikan ambiklah mesej or moral values.. ade nilai dia..

Thank You Yana for this two years of friendship and thank you Allah :) (2011- present )



Sharing is caring,
Hasya :)

Kenangan Itu Manis


Haila~ teringat time zaman kanak-kanak ribena dulu, semuanya manis-manis belaka. Rasa macam nak berputar balik masa. Hari ni saya nak kongsi, apa kenangan yang terindah yang pernah tercatat dalam hidup dan memang tak boleh dilupakan.





Kisah 1

Masa ni saya budak tadika lagi and time saya sekolah kat sabah. Ada satu hari ni, kalau tak silap saya dah lambat nak ke sekolah. Saya pergi sekolah selalu naik motor jelah bibik hantarkan.Sekolah dekat je,tak sampai satu kilometer.

Sekolah kat Sabah pakaian dia lain ye, tak tahulah sekolah Sabah yang lain macam mana. Pakai pinafore and baju tanpa lengan. Time tu tadika lagi, kalau baju sukan lengan pendek seluar paras lutut.Hmm...

Ish! banyak explain pulak day. So, saya dengan bibik naik motor jenama Suzuki ( sekarang dah rosak ).Ni contoh dia.





Tapi warna kuning, and ada bakul besar dekat belakang. Saya duduk kat belakang, jaga bakul tu. Sebab bakul tu macam nak goyang. So, bila dah masuk je pagar sekolah. Sekolah ada parking lot luaslah jugak.

Time nak belok aja bakul tu jatuh. Macam hawau je,takleh ke jatuh time kiteorang dah berhenti.Time vroom vroom jugak dia jatuh.Dahlah ada kereta kat belakang, naseb kereta tu tak langgar. So pergilah ambil bakul yang dah rupa dia dah macam kena makan dengan harimau.

Then, masuk parking sekolah... masuk je parking motor kiteorang pulak jatuh. Time tu tanah tak adalah basah sangat, nasib baik baju sekolah tak kotor sangat. Tak cedera just calar-calar sikit. Terima kasih kepada bibik sebab sanggup mengharungi kedukaan denganku. Bukan kedukaan, naseb malang!

Bila semua dah settle and okey, saya masuk sekolah. Masuk je kelas tengok kelas kosong. Tengok kelas lain pulak kosong.' Aku datang awal sangat ke? aku rasa aku lambat.' Then, jumpa bibik balik, nasib baik time tu bibik tak balik lagi kalau tak, mau kena tadah telinga dengar sindirannya yang memang tajam yang amat.

Tanya pak guard sekolah tu, pak guard tu "Sekolah tengah cuti, esok baru buka." Dush! sebijik penampar kena kat muka. Biaselah budak tadika semuanya tak tahu,Itulah aku.Takkan still ingat benda ni sampai sekarang.Hahaha

Kenangan itu manis bagaikan diisi dengan gula. Zaman Ribena dah berlalu sekarang saya tengah melalui fasa remaja. Insha Allah , will continue. Mesti ada yang menyampah :P 




Written by:
Hasya :)

Be yourself





Kadang-kadang saya jeles dengan orang-orang yang lebih cantik,kaya dan pandai dari saya.Yes,saya mengaku. Saya cuba untuk jadi diri sendiri, saya cuba untuk bersyukur dengan diri sendiri atas apa yang Allah telah beri.

Saya juga terfikir kenapa saya bukan macam mereka? yang educated,rich and gorgeous. Saya nak jadi macam mereka. Tapi saya fikir dan fikir. My life is better than them. Allah jadikan saya macam ni supaya kita tak lupa dengan nikmat yang Allah beri. Allah tak nak saya jadi seorang yang sombong dengan kekayaan dan kecantikan.

Allah nak jadikan saya seorang yang baik.Allah nak elakkan saya jadi orang yang takbur,sombong. Dan saat itu saya sedar. Kemewahan hanya boleh melalaikan kita. Saya bersyukur hidup dalam keluarga yang sederhana dan penuh dengan kasih sayang.

Kenapa saya perlu jadi orang lain? sedang kita adalah kita. Jadi diri sendiri lebih baik. Kita mempunyai kelebihan yang tak ada pada mereka. Alhamdulilah, saya adalah diri saya. Bukan Aiswarya Rai atau Lisa Surihani tapi saya adalah diri saya. Be yourself because you are better than them. :)









Written by:

Hasya :)



Aku bukan yang terbaik!





Saya banyak buat jahat, saya tahu saya banyak dosa. Tapi saya cuba jadi yang terbaik. Saya cuba jadi yang boleh dicontohi. Saya bukanlah yang terbaik. Tak terkira dosa saya, tapi saya cuba berubah. Saya cuba untuk tundukkan pandangan. 

Biarlah orang kata cara saya kolot, tapi saya kolot untuk kebaikkan. Saya cuba untuk tidak jadi seorang yang lagha (lalai). Ya,setiap orang mahukan perubahan dalam dirinya.Setiap mahu jadi yang seperti orang lain.

Saya belum cukup sempurna.Saya cuba untuk menjaga pandangan saya.Kadangkala saya tewas dengan godaan syaitan. Semoga niat saya ni betul. Berubahlah kerana Allah. Ampuni dosaku Ya Allah. Semoga Allah permudahkan urusan saya dan anda. I am trying to be a better person. Memang akan ada cubaan untuk kita ketika kita dalam proses penghijrahan. Dan kita harus bersedia.










Written by:
Hasya :)


Review: Brave

Hey~





Hari ni saya nak review movie, well it's new,animation and fun. Hari tuh ayah beli CD cerita kids. Well, kiteorang family memang suka tengok kids punya movie. Selalu pasang dalam kereta. Ini sedikit information about this movie.

Directed by: Mark Andrew
                    Brenda Chapman
Studio: Pixar
Running Time: 93 minutes


Synopsis:

In Scotland, King Fergus of Clan DunBroch presents his young daughter Merida with a bow for her birthday. While practicing, Merida encounters awill-o'-the-wisp. Soon afterwards, Mor'du, a giant demon bear, attacks the family. Merida escapes along with her mother Queen Elinor while Fergus fights off the bear at the cost of his left leg. Years later, Merida has become a free-spirited teenager and an older sister of identical triplets: Hamish, Hubert and Harris. Merida's mother informs her that she is to be betrothed to one of her father's allied clans. Reminding Merida of a legend about a prince who ruined his own kingdom, Elinor warns her that failure to marry could harm DunBroch, but Merida is dissatisfied with the arrangement.



Review:

For me the movie was not bad, Merida is the Princess of DunBroch. She loves archery and very pro,
Merida ni dipaksa untuk berkahwin tapi dengan pilihan abahnya, King Fergus. Tapi dalam banyak-banyak king, King Fergus paling sporting.haha. Her mother, Queen Elinor ni boleh dikatakan macam dia yang gantikan tugas ayah dia. Dia tegas dan ingin mengekalkan tradisi keluarga dan sangat menitikberatkan hal-hal puteri.

Merida membantah, bila dia dah meluat dengan mak dia, dia lari ke hutan dengan kudanya, Angus. Di hutan tulah, dia bertemu dengan seorang nenek sihir. Merida minta bantuan nenek sihir tu, dia ingin mengubah takdir hidup dia. Nenek sihir tu bagi spell on a cake.

Lepas Queen Elinor makan cake tu, dia berubah jadi beruang. Untuk mengubah kembali seperti asal bla bla bla... ( skip :P)
The most touching moment of all, bile ada beruang nak attack Merida, Queen Elinor (yang dah bertukar jadi beruang tu) tolong. Sebelum matahari terbit Queen Elinor harus bertukar jadi manusia balik, kalau tak dia akan jadi seekor beruang untuk selamanya.

Rasa macam nak nangis je bila, part last2 mak dia tak dapat jadi. Kalau nak tahu korang pi download or beli CD , memang nak nangis tapi tak nangis. Biasa saya nak control macho depan family. Apa yang saya review sebenarnya tak lengkap. Pengorbanan ibu sangat besar, bersyukur sebelum mereka hilang.
3.5 stars.

P/S: 1st time jumpa princess rambut kerinting and tebal. hihi

Quotes:













Written by:
Hasya :)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...