Showing posts with label bicara. Show all posts
Showing posts with label bicara. Show all posts

Be yourself





Kadang-kadang saya jeles dengan orang-orang yang lebih cantik,kaya dan pandai dari saya.Yes,saya mengaku. Saya cuba untuk jadi diri sendiri, saya cuba untuk bersyukur dengan diri sendiri atas apa yang Allah telah beri.

Saya juga terfikir kenapa saya bukan macam mereka? yang educated,rich and gorgeous. Saya nak jadi macam mereka. Tapi saya fikir dan fikir. My life is better than them. Allah jadikan saya macam ni supaya kita tak lupa dengan nikmat yang Allah beri. Allah tak nak saya jadi seorang yang sombong dengan kekayaan dan kecantikan.

Allah nak jadikan saya seorang yang baik.Allah nak elakkan saya jadi orang yang takbur,sombong. Dan saat itu saya sedar. Kemewahan hanya boleh melalaikan kita. Saya bersyukur hidup dalam keluarga yang sederhana dan penuh dengan kasih sayang.

Kenapa saya perlu jadi orang lain? sedang kita adalah kita. Jadi diri sendiri lebih baik. Kita mempunyai kelebihan yang tak ada pada mereka. Alhamdulilah, saya adalah diri saya. Bukan Aiswarya Rai atau Lisa Surihani tapi saya adalah diri saya. Be yourself because you are better than them. :)









Written by:

Hasya :)



Aku bukan yang terbaik!





Saya banyak buat jahat, saya tahu saya banyak dosa. Tapi saya cuba jadi yang terbaik. Saya cuba jadi yang boleh dicontohi. Saya bukanlah yang terbaik. Tak terkira dosa saya, tapi saya cuba berubah. Saya cuba untuk tundukkan pandangan. 

Biarlah orang kata cara saya kolot, tapi saya kolot untuk kebaikkan. Saya cuba untuk tidak jadi seorang yang lagha (lalai). Ya,setiap orang mahukan perubahan dalam dirinya.Setiap mahu jadi yang seperti orang lain.

Saya belum cukup sempurna.Saya cuba untuk menjaga pandangan saya.Kadangkala saya tewas dengan godaan syaitan. Semoga niat saya ni betul. Berubahlah kerana Allah. Ampuni dosaku Ya Allah. Semoga Allah permudahkan urusan saya dan anda. I am trying to be a better person. Memang akan ada cubaan untuk kita ketika kita dalam proses penghijrahan. Dan kita harus bersedia.










Written by:
Hasya :)


Kecantikan dan Keimanan






Cantiknya wanita itu bukan terletak pada wajahnya tapi terletak pada hatinya. Kini ramai Adam lebih memilih wanita berdasarkan paras rupa. Tapi yang mereka tidak tahu, bahawa paras rupa tidak menjamin kebahgiaan.

Kalau rupa cantik tapi perangai 'huduh' tak ada gunanya jugak. Hati rasa tak bahagia, kau pilih rupanya adakah kau ingat kau berjaya tackle wanita cantik? tidak. Kau rasa bangga kerana wanita cantik layak mendampingi kau? tidak.

Biarpun wanita itu tidak secantik Aiswarya Rai, biarpun dia tidak memilik body yang perfect seperti Giselle Bundchen, tapi dia memilik hati yang suci. Yang taat pada perintah Allah. Itulah bidadari syurga. Pilihlah beauty with iman. Insha Allah bahagia dunia akhirat.

Dan hawa jangan guna kecantikan mu sebagai senjata memikat Adam. Kerana kecantikan itu tidak akan kekal.

Adam, kecantikan pada wanita terletak pada imannya bukan pada paras rupa. Jika kau memilih kecantikannya , maka akan hilang segala kecantikan diwajahnya.






Written by:
Hasya :)










La Tahzan


Sebelum tu, tutup muzik sebab tak sesuai dengan post. Sekian~




Kenapa Allah uji kita? kenapa?

- Allah uji kita sebab DIA ingin melihat sejauh mana kita mohon kepadaNya.Sejauh mana kita bersujud kepadaNya. Selama ini manusia melupakaNya dan DIA ingin manusia kembali kepadaNya. Dan setiap masalah ada jalan penyelesaian. Cuba tanya diri sebanyak mana kita berzikir kepadaNya? #NoteToSelf

Adakah Allah sayang kita? Adakah?

- Ya, Allah sayang kepada kita. Sehingga kini kita masih bernafas dan masih hidup atas hasil bantuaNya. Kerana Allah sayang, Allah menguji kita. Kerana Allah sayang, Allah memberikan kita bantuan. Kita bernafas,berjalan,berdiri,berlari... semua itu hadiah Allah kepada kita.

Kenapa kita ada hati dan perasaan? kenapa?

- Tanpa kesedihan kita tidak mengenali apa itu erti bahagia. Bagaimana kita ingin kesengsaraan dan kesedihan orang lain. Tanpa kesedihan,kegembiraan,duka... kita tidak akan mengenali erti susah dan payah. Bersyukurlah kerana anda mempunyai perasaan.Kalau tidak memiliki perasaan ini, anda hanyalah seorang manusia yang tidak berperikemanusiaan. 


"Dengan hanya mengingati Allah,hati akan menjadi senang."

Please,tengok video ni. Bukan video hantu atau apa. Ceramahnya sangat menyentuh hati.Dengan background muzik yang sesuai. Tengok video ni. Kenapa? Apa?


































Written by:
Hasya :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...