La Tahzan


Sebelum tu, tutup muzik sebab tak sesuai dengan post. Sekian~




Kenapa Allah uji kita? kenapa?

- Allah uji kita sebab DIA ingin melihat sejauh mana kita mohon kepadaNya.Sejauh mana kita bersujud kepadaNya. Selama ini manusia melupakaNya dan DIA ingin manusia kembali kepadaNya. Dan setiap masalah ada jalan penyelesaian. Cuba tanya diri sebanyak mana kita berzikir kepadaNya? #NoteToSelf

Adakah Allah sayang kita? Adakah?

- Ya, Allah sayang kepada kita. Sehingga kini kita masih bernafas dan masih hidup atas hasil bantuaNya. Kerana Allah sayang, Allah menguji kita. Kerana Allah sayang, Allah memberikan kita bantuan. Kita bernafas,berjalan,berdiri,berlari... semua itu hadiah Allah kepada kita.

Kenapa kita ada hati dan perasaan? kenapa?

- Tanpa kesedihan kita tidak mengenali apa itu erti bahagia. Bagaimana kita ingin kesengsaraan dan kesedihan orang lain. Tanpa kesedihan,kegembiraan,duka... kita tidak akan mengenali erti susah dan payah. Bersyukurlah kerana anda mempunyai perasaan.Kalau tidak memiliki perasaan ini, anda hanyalah seorang manusia yang tidak berperikemanusiaan. 


"Dengan hanya mengingati Allah,hati akan menjadi senang."

Please,tengok video ni. Bukan video hantu atau apa. Ceramahnya sangat menyentuh hati.Dengan background muzik yang sesuai. Tengok video ni. Kenapa? Apa?


































Written by:
Hasya :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...