Review: Brave

Hey~





Hari ni saya nak review movie, well it's new,animation and fun. Hari tuh ayah beli CD cerita kids. Well, kiteorang family memang suka tengok kids punya movie. Selalu pasang dalam kereta. Ini sedikit information about this movie.

Directed by: Mark Andrew
                    Brenda Chapman
Studio: Pixar
Running Time: 93 minutes


Synopsis:

In Scotland, King Fergus of Clan DunBroch presents his young daughter Merida with a bow for her birthday. While practicing, Merida encounters awill-o'-the-wisp. Soon afterwards, Mor'du, a giant demon bear, attacks the family. Merida escapes along with her mother Queen Elinor while Fergus fights off the bear at the cost of his left leg. Years later, Merida has become a free-spirited teenager and an older sister of identical triplets: Hamish, Hubert and Harris. Merida's mother informs her that she is to be betrothed to one of her father's allied clans. Reminding Merida of a legend about a prince who ruined his own kingdom, Elinor warns her that failure to marry could harm DunBroch, but Merida is dissatisfied with the arrangement.



Review:

For me the movie was not bad, Merida is the Princess of DunBroch. She loves archery and very pro,
Merida ni dipaksa untuk berkahwin tapi dengan pilihan abahnya, King Fergus. Tapi dalam banyak-banyak king, King Fergus paling sporting.haha. Her mother, Queen Elinor ni boleh dikatakan macam dia yang gantikan tugas ayah dia. Dia tegas dan ingin mengekalkan tradisi keluarga dan sangat menitikberatkan hal-hal puteri.

Merida membantah, bila dia dah meluat dengan mak dia, dia lari ke hutan dengan kudanya, Angus. Di hutan tulah, dia bertemu dengan seorang nenek sihir. Merida minta bantuan nenek sihir tu, dia ingin mengubah takdir hidup dia. Nenek sihir tu bagi spell on a cake.

Lepas Queen Elinor makan cake tu, dia berubah jadi beruang. Untuk mengubah kembali seperti asal bla bla bla... ( skip :P)
The most touching moment of all, bile ada beruang nak attack Merida, Queen Elinor (yang dah bertukar jadi beruang tu) tolong. Sebelum matahari terbit Queen Elinor harus bertukar jadi manusia balik, kalau tak dia akan jadi seekor beruang untuk selamanya.

Rasa macam nak nangis je bila, part last2 mak dia tak dapat jadi. Kalau nak tahu korang pi download or beli CD , memang nak nangis tapi tak nangis. Biasa saya nak control macho depan family. Apa yang saya review sebenarnya tak lengkap. Pengorbanan ibu sangat besar, bersyukur sebelum mereka hilang.
3.5 stars.

P/S: 1st time jumpa princess rambut kerinting and tebal. hihi

Quotes:













Written by:
Hasya :)







Save Gaza,Palestine!

Assalamualaikum~


Let me guess mesti korang dah tahu kan pasal apa yang terjadi dekat Gaza?

They need our help and support, mereka perlukan bantuan perubatan dan lain-lain. Anda yang berhati manusia saya mohon SANGAT-SANGAT dermalah apa saja, tidak kisah doa korang pun boleh. Show that we care.

Cuba kita tengok kesusahan,kepayahan,kesengsaraan,derita dorang. Walaupun dorang diserang oleh tentera rejim Israel yang jahanam tu, dorang still boleh bangun. Cabaran dorang lebih hebat dari kita, diserang sudah berbelas-belas tahun dan masih 'digari' oleh tentera jahanam tu!

Kita putus cinta pun dah nak bunuh diri, itu baru sikit daripada derita dorang. Memang Kita patut contohi mereka. Mereka pertahankan agama ISLAM dan mempertahankan NEGARA! Mereka tak lari tapi mereka bertahan. Show your heart.

Kepada tentera Israel jahanam, are you really human? are you god? kau bunuh budak-budak yang masih kecil dan mentah. kau bom Gaza, kau ingat kau tuhan, boleh main bunuh-bunuh. Berapa banyak orang kau bunuh? berbillion tau tak! aku tau kau tak paham bahasa Malaysia, kau tanya translator kau. Sebab aku tak tahu nak maki hamun kau dalam bahasa inggeris.

Siapa yang terrorist sebenarnya? Muslims? huh, you guys killed and dropped thousands of bombs. Cuba kau bayangkan keluarga kau,awek kau mati depan mata kau dengan baju kau berlumuran darah mereka. Sedih kan?

I cant talk much, memang tengah berapi tahap lava gunung merapi dah ni. Sorry, terkasar tadi. Emo terlebih maksimum tadi. Saya guna perkataan  jahanam kepada tentera jahanam tu sebab mereka memang jahanam.

Maaf saya terkasar bahasa, it's just... paham-paham jelah. Kalau boleh stop beli makanan from Mcdonald, KFC, Starbuck yang ada berkaitan dengan tentera jahanam tu. Duit itu mereka salurkan kepada Israel untuk membeli senjata. Saya pun susah jugak nak berhenti beli McDonald, lama-lama bolehlah tu. Makan mamak lagi best.


P/S: Apa yang aku merepek dari tadi? and kalau ada any information just leave your comment :0











Written by:

HasyaZulaikhaaaa 














爱

               








Cinta ? Apa itu cinta ? Mengapa cinta itu wujud ? Bila sebut pasal cinta je , mesti teringat crush atau lover korang kan? Pernah dalami tak apa maksud cinta itu? Pernah terfikir tak siapa yang layak untuk kita cintai sebenarnya ? Seberapa dalam agaknya cinta korang untuk pencipta korang ? Seberapa dalam cinta korang untuk parents korang yang banyak habis duit ? Well , tipulah kalau saya kata saya tak pernah rasa nak dicintai . Tapi semakin membesar , saya makin kenal erti cinta. Saya tak layak mengejar cinta manusia. Saya cuma nak kan cinta Allah . 

Tapi, Syaitan tu dah berjanji dan bersumpah untuk merosakkan anak adam sampai kiamat. Bersekolah di sekolah elit ( dahulu elit sekarang dah turun taraf :p) makin menggoda saya. Nasib baik ada seorang kawan yang mengingatkan saya apa tujuan hidup saya. Mengejar cinta yang hakiki. Cinta itu anugerah Illahi yang tak ternilai. Kadang-kadang saya rasa geli tengok couple holding hands , bukan saya jealous tapi rasa geli. Itu belum cerita yang peluk-peluk and kissing lagi. Lebih teruk kalau perempuan itu berhijab. Rasa amat hina Islam ni. Sebab itu lah saya keraskan sikit, sikit je ye hati saya nak ber-couple ni. 

Lagipun saya tak cantik macam JLo .Saya cuma mempunyai raut wajah yang biasa sahaja , saya bersyukur. Tapi hati saya tak sekeras batu , saya pernah dicairkan oleh seraut wajah. Menangis 2 hari 2 malam sebab dia layan kawan baik saya , kebetulan kawan baik saya suka dia. Bila bagitahu kawan lagi satu , dia cuba tenangkan saya. Dia cakap si dia tu bukan untuk saya. Alhamdulillah , kini saya jaga sekeping hati saya elok -elok. Saya sorokkan. Saya kunci rapat-rapat. Tika ini , bila teringat peristiwa nangis sebab lelaki mesti rasa nak terjun bangunan macam Peter Petrelli . Hehe. Moral of the story,   seek for Allah's love because His love is unparalleled.

P/s: Maaf bahasa skema ! :p



Written By ,
Shirgo :-)

La Tahzan


Sebelum tu, tutup muzik sebab tak sesuai dengan post. Sekian~




Kenapa Allah uji kita? kenapa?

- Allah uji kita sebab DIA ingin melihat sejauh mana kita mohon kepadaNya.Sejauh mana kita bersujud kepadaNya. Selama ini manusia melupakaNya dan DIA ingin manusia kembali kepadaNya. Dan setiap masalah ada jalan penyelesaian. Cuba tanya diri sebanyak mana kita berzikir kepadaNya? #NoteToSelf

Adakah Allah sayang kita? Adakah?

- Ya, Allah sayang kepada kita. Sehingga kini kita masih bernafas dan masih hidup atas hasil bantuaNya. Kerana Allah sayang, Allah menguji kita. Kerana Allah sayang, Allah memberikan kita bantuan. Kita bernafas,berjalan,berdiri,berlari... semua itu hadiah Allah kepada kita.

Kenapa kita ada hati dan perasaan? kenapa?

- Tanpa kesedihan kita tidak mengenali apa itu erti bahagia. Bagaimana kita ingin kesengsaraan dan kesedihan orang lain. Tanpa kesedihan,kegembiraan,duka... kita tidak akan mengenali erti susah dan payah. Bersyukurlah kerana anda mempunyai perasaan.Kalau tidak memiliki perasaan ini, anda hanyalah seorang manusia yang tidak berperikemanusiaan. 


"Dengan hanya mengingati Allah,hati akan menjadi senang."

Please,tengok video ni. Bukan video hantu atau apa. Ceramahnya sangat menyentuh hati.Dengan background muzik yang sesuai. Tengok video ni. Kenapa? Apa?


































Written by:
Hasya :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...